Selasa, 21 Jun 2011

SIFAT MURSYID

Sekurang-kurangnya ada 14 syarat yang perlu ada bagi
seseorang itu layak dipanggil mursyid:

1. Menguasai dan melaksanakan ilmu syariah sebagai tiang
agama. Ertinya mursyid tadi tidak mengabaikan keperluan
solat, zakat, puasa dan haji. Peribadinya tertakluk dengan
hukum Allah swt.
2. Hatinya terbuka kepada teguran dan kritikan
3. Ilmunya benar atau sahih (bukan ilmu sihir dsb)
4. Berkemahuan/hemah tinggi kerana hendak membina prestasi
diri dan muridnya.
5. Berpandangan jauh (umat Islam memandang jauh kerana
adanya akhirat sebagai destinasi kita)
6. Dermawan (tidak sekalipun kedekut,tangkai jering) walaupun keperluannya
tinggal sehelai sepinggang.
7. Berbudi pekerti luhur (ikhlas menglaksanakan apa jua)
8. Kasih sayang terhadap semua manusia; tanpa rasa perkauman
atau memandang bulu/derajat seseorang.
9. Zuhud (menolak kebendaan dan kemuliaan) dan hidup dengan amat
sederhana.
10. Tidak membanggakan diri dengan kehebatannya ( seperti kononnya punya karomah atau dapat melihat
yang ghaib iaitu kashaf)
11. Tidak mengeluh ketika diuji (terutama kekurangan dari segi
ekonomi)
12. Amat berahsia (tidak mendedahkan keaiban atau kekurangan
orang lain)
13. Hadir hatinya untuk Allah swt semata
14. Kesan kesalihannya terpapar kepada usahanya (tanpa
menunjukkan sesuatu yang luar biasa seperti karomah).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan