Ahad, 5 Jun 2011

DZAT

Sheikh Junaid menerangkan pengalamannya dalam ayat-ayat berikut:

"Aku telah menyedari apa yang berada dalam diriku, dan lidahku pernah bertutur denganMu secara rahsia Dan kita bersatu dalam satu aspek. Tetapi berpisah dalam aspek yang lain."

Keadaan waras (Sahw ) kadangkala dikenal sebagai "Pemisahan kedua" (al farq-al-thani ) . Ianya juga dipanggil "Farq baad al jama" (perpisahan sesudah penyatuan) atau "Jama al Jama" (bersatu dalam penyatuan). Pendekata, peringkat Baqa-bi-Allah adalah intisari kehidupan manusia. Ianya adalah kemuncak perjalanan manusia dan matlamat hidupnya. Ia menggabungkan fana dan baqa. Pada dalamannya, kekasih itu berada dalam Allah, pada luarnya ia berpisah dariNya- dan menikmati kelazatan penyatuan serta mengalami penderitaan perpisahan secara serentak.
  • Kebanyakan para wali Allah (Auliya Allah ) memilih perpisahan dari penyatuan, kerana bagi mereka ini, menjadi seorang hamba Allah yang hina lebih baik dan mulia daripada penyatuan denganNya. Tambahan pula, perintah-perintah Syariat menghendaki supaya manusia berada di dalam keadaan "abdiat" (perhambaan) daripada berada dalam peringkat penyatuan, kerana pada peringkat "abdiat", manusia dapat memainkan peranan aktif dalam kehidupan - lebih aktif daripada manusia biasa kerana ia bebas dari hawa nafsu yang buas dan dapat menunaikan kewajipan dengan lebih baik lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan