Isnin, 6 Jun 2011

PUISI DUA JIWA

Guruh berdentum petir menyambar,
Awan kelabu muncul tiba-tiba,
Teguhnya iman tanda bersabar,
Hidupnya diberkati sepanjang masa.

Hujan yang turun begitu lebat,
Berserta angin bertiup kuat,
Hidup yang besertakan ibadat,
Hatinya tenang sebagai umat.

Hujan tiada tanda berhenti,
Cuaca dini hari semakin kelam,
Hidup ini terasakan mati,
Memikir harta berwajah muram.

Senja menjelma malam pun tiba,
Kedengaran sayu azan berkumandang,
Fikirannya kusut mata hatinya buta,
Menagih simpati hidupnya malang.

Ditengah malam cengkerik berbunyi,
Bersujudlah aku seorang diri,
Biar hidup dihina tampa dipuji,
Maqamnya tinggi dikasihi ilahi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan