Ahad, 5 Jun 2011

PUISI PENCARIAN

Seribu bahasa aku meminta,
Mencari segala-galanya rahsia,
Terlindung dari mata biasa,
Hanya qalbu yang bisa merasa.


Dzat mu yang sungguh luar biasa,
Terlindung dan terbuka,
Hanya insan tepilih sahaja,
Merasa nikmat tiada terhingga

Adanya dia adanya semua,
Adanya semua tanda keujudannya,
Aku mencari disetiap penjuru,
Tiada ragu didalam hati ku.

Demi kasih kau yang satu,
Akhirnya bersama didalam qalbu,
Aku mohon dari mu berkah,
Aku bersujud diatas sejadah.

Aku terlalu merindui mu,
Aku menanggis bersama zikir mu,
Aku sentiasa  memohon hidayah,
Semoga hidup ku lebih terarah.

Aku memohon kekuatan kudrat,
Semoga hidup ku lebih beribadat,
Aku perbanyakkan bersahadat,
Semoga aku terjamin diakhirat.

Aku bersujud tanda bersyukur,
Semoga di jauhkan seksaan kubur,
Aku bermohon diberikan keimanan,
Semoga jiwa ku diberi ketenangan,
Kau menjemput ku dengan senyuman,
Aku menyambut mu dengan keyakinan.


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan