Rabu, 15 Jun 2011

PUISI KEKASIH

Dalam kerinduan yang membara,
Aku hanyut didalam keindahan,
Kebahagian yang tak terkata,
Aku asyik dalam penyatuan.

Seribu makna dalam bicara,
Memberi kefahaman dalam pengetahuan,
Masa dan waktu tiada terasa,
Kerana nikmat dan kelazatan.

Qalbu ku terbuka tiada sempadan,
Berbicara sendiri didalam penghayatan,
Aku masih didalam keasyikkan,
Ikatan perhubungan tiada batasan.

Dalam penyatuan ada pilihan,
Segala bimbingan aku jalankan,
Memberi pengetahuan sesama insan,
Biar dihina terlindung kemulian.

Kau dan aku tiada terpisah,
Selagi dihati ada kerinduan,
Ambil iktibar dan hikmah,
Didalam hati ada jawapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan