Rabu, 15 Jun 2011

PUISI BERSAKSIKAN TUBUH

Jeritan demi jeritan ku dengari,
Suara laungan kesakitan penyeksaan,
Semasa hidup perintah ilahi diingkari,
Dialam bazrah mendapat pembalasan.

Dengan izinnya aku diperlihatkan,
Setiap dosa dan perbuatan,
Semasa hidup tiada pegangan,
Halal haram tiada perbezaan,

Gementar tubuh ku setiap diperlihatkan,
Baik lelaki mahu pun perempuan,
Sungguh azab tiada tertahan,
Setiap hukuman beserta kesakitan.

Perut terburai kepala kehancuran,
Berbagai hukuman dilakukan sendiri,
Setiap anggota menyatakan kebenaran,
Ia melakukan dosa-dosa ini.

Kesakitan tiada terhingga,
Setiap laungan meminta pertolongan,
Tapi aku tiada terdaya,
Hanya berdoa memohon keampunan.

Ya dzat allah maha mengetahui,
Setiap perbuatan ada pembalasan,
Bersama kita saling mengigati,
Demi kebaikkan sesama insan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan