Isnin, 27 Jun 2011

PUISI MENUNGGU MU

Sekiranya aku tahu apa yang kau fikirkan,
Aku rela menanggung segala penderitaan,
Seandainya kau tahu apa yang aku maksudkan,
Sudikah kau berkongsi segala kelukaan.

Dalam diam hati berbicara tentang diri mu,
Masihkah ada ruang lagi untuk diri ku,
Menumpang kasih menanam selautan madu,
Menjalani kesedihan bersama-sama ku.

Detik demi waktu masa berlalu,
Segala persoalan masih membisu,
Hanya berbicara berbahasa qalbu,
Aku menunggu masih menunggu.

Ku pandang wajah mu lemah lesu,
Terlalu berat bebanan yang tak kau termampu,
Kau masih meragu keikhlas ku,
Atau kau sengaja menguji kesabaran ku.

Kau serahkan cinta hingga diri mu tiada terdaya,
Inilah seksaan yang menyakitkan dalam kehidupan,
Aku terharu namun tiada berdaya,
Membuka hati mu yang telah kau pendamkan.

2 ulasan:

  1. salam..
    sebuah puisi yang indah...
    alif suka puisi ni...

    BalasPadam
  2. Terima kasih alif ismail, ada masa kelapangan jangan lupa ke blog saya lagi

    BalasPadam