Sabtu, 4 Jun 2011

PUISI SENJA YANG HILANG

Senja yang berlabuh tanda malam menjelma,
Sinaran sang suria berlalu pergi,
Pengetahuan yang tinggi tiada bermakna,
Jika hidup sombong meninggi diri.

Setiap manusia yang ada peganggan,
Kerana itulah amanat tuhan.
Jika kita tersalah gunakan,
Kita hidup didalam penyesalan.

Kita dicipta menempuh perjalanan,
Suka duka itu satu ujian,
Demi kehidupan dimasa hadapan,
Diangkat martabat sebagai insan.

Rahmat tuhan tiada batasan,
Kita bersujud tanda kesyukuran,
Itulah tanggung jawap seorang insan,
Berbagi ilmu berhati ehsan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan