Khamis, 23 Jun 2011

PUISI CAHAYA YANG HAKIKI

Dalam renungan membawa seribu huraian,
Membelah badai mencari kedamai,
Benarkah aku seorang yang beriman,
Tiada berdaya dialam pencarian.

Setiap wajah persoalan aku temui,
Mencari cahaya yang hakiki,
Apakah aku bisa mengerti,
Sebelum aku dipanggil maha suci.

Mengerikan segala yang mengerikan,
Menyambut jumaat akhir zaman,
Sampai masa kita dibangkitkan,
Tiada jawapan setiap persoalan.

Kehinaan ku kemulian mu,
Kehilangan ku kerinduan mu,
Ketiadaan ku keabadian mu,
Kemiskinan ku kekayaan mu.

Kelemahan ku kekuatan mu,
Kebodohan ku  kebijaksanaan mu,
Kebisuan ku adalah titah mu,
Ketiada mu maka hancurlah diri ku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan