Selasa, 21 Jun 2011

FADHILAH ILMU



Firman Allah Taala:
“Allah menyaksikan bahawasanya tidak ada Tuhan selain Dia.Yang menegakkankan keadilan.Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (turut menyaksikan yang demikian itu).” – Surah Ali Imran : 18
Dalan ayat ini Allah memulakan kesaksian dengan DiriNya, diikuti dengan malaikatNya seterusnya dengan ahli ilmu.Sabda Nabi SAW:
“Para ulama adalah pewaris para Nabi.” – Riwayat Al-Bukhari

Sabda Baginda lagi:
“ Keutamaan orang alim ke atas seorang abid ibarat kelebihanku keatas orang yang terbawah dikalangan kamu.”
Lagi sabda Nabi SAW:
“Manusia itu dua golongan ; orang alim dan penuntut ilmu, lain dari mereka adalah hina-dina.”

Pepatah sufi ada berkata::-
Ilmu adalah ruh, jasad amalnya
Ilmu ibarat sebatang pohon, amalan pula bagi rantingnya.
· Ilmu umpama hakim, sedang amalan adalah hukumnya.
Jumhur dikalangan guru-guru kami cenderung berpendapat bahawa ilmu lebih af dhal dari makrifat dan akal; kerana Allah bersifat Al-‘Ilm (Maha Berilmu), selain itu ilmu adalah hakim diatas akal, sedangkan akal tidak boleh menghakimi ilmu. Disebutkan bahawa: “Ilmu tak bermanfaat kecuali disertakan akal, akal juga tak bermanfaat kecuali disertakan ilmu. ”Seorang failasuf pernah ditanya: “Bilakah masanya adab menjadi mudharat?” beliau menjawab: “Bila akal menjadi kurang.”

Pepatah sufi menyebut: “Adab ialah cerminan akalmu, olek itu elokkanlah akal dengan sekehendakmu.” Keutamaan ilmu dapat dilihat dalam kisah burung Hud-hud ketika ditanya oleh Nabi Sulaimam AS; Hud-hud hanya seekor burung kerdil dihadapan Nabi Sulaiman yang berdajat tinggi lagi gagah perkasa. Tapi dengan kemuliaan ilmu sedikitpun Hud-hud tak gentar dengan ancaman Nabi Sulaiman,bahkan dengan tenang dia menjawab:
“Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”-Surah An-Naml : 22


Tiada ulasan:

Catat Ulasan