Jumaat, 17 Jun 2011

PUISI BICARA SEKEPING HATI

Apakah erti maknanya cinta,
Jika kasih masih berpura,
Apalah erti maknanya sayang,
Jika harta masih terbayang.

Jika kasih sayang bisa ditukar ganti,
Aku rela membawa luka dihati ini,
Kenangan bersama mu memberi erti,
Apa yang dinamakan cinta atau budi.

Kau dan aku tiada sehaluan,
Hidup mu penuh kealfaan,
Dihati mu tiada penyesalan,
Kau hidup dalam kepuraan.

Tiada gunanya aku berpaling lagi,
Dengan relanya aku menyepi,
Menyepi yang tak akan kembali,
Biarlah aku menyendiri.

Sedetik pun berbicara sekeping hati,
Tiada tanggisan untuk semua ini,
Biarlah aku yang menjalani,
Semoga terpancar mentari esok hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan