Jumaat, 17 Jun 2011

PUISI NUR QURAAN

Quraan ku,
Jadikan ia satu pedoman,
Bernama insan dahagakan hikmah mu,
Ia tercipta dengan penuh keimanan,
Bersama sejarah dan sunah nabi ku.

Quraan ku,
Ia adalah kalamullah,
Setiap sebutan hidayah dari allah,
Barisan ayat penuh bermakna,
Dapat dihayati segala rahsia.

Quraan ku,
Ia juga permata,
Tiada bandingan seisi dunia,
Dapat  dihindar segala bencana,
Jika diamalkan sentiasa.

Quraan ku,
Ia terlindung dan terbuka setiap makna,
Dari awal hingga hancurnya alam semesta,
Kenalilah diri dan maha pencipta,
Dapat perlindungan dari maha berkuasa.

Quraan ku,
Jadikan ia satu pegangan,
Didalam kehidupan penuh kekesatan,
Ia menberi petunjuk dan rahmat tuhan,
Tiada penyesalan dihujung perjalanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan