Selasa, 21 Jun 2011

MAQAM HAMBA DIHADAPAN ALLAH



Istilah maqam (dalam erti tasawuf) bererti pencapaian atau darjat hamba dihadapan Allah Taala dalam beribadah kepadanya.Firman Allah Taala:

“Tiada seorang pun diantara kami (malaikat) melainkan mempunyai kedudukan yang tertentu.” – Surah As-Saffat : 164
Tingkatan maqam yang dimaksudkan ialah seperti berikut:-

Permulaan maqam ialah kesedaran; ertinya menginsafi diri dari kelalaian terhadap Allah .Kemudian taubat; ertinya kembali  ke jalan Allah (setelah menginsafi kelalaian)dengan kekal menyesali dosa serta banyak beristighfar.Kemudian inabah; ertinya merubah diri dari lalai kepada berzikir mengingati Allah.Ada pendapat mengatakan taubat ertinya rasa takut (dengan balasan azab Allah), inabah ertinya keinginan untuk kembali kepada Allah.Pendapat lain mengatakan:taubat pada yang zahir, inabah pada yang batin.

Seterusnya warak; ertinya meninggalkan apa yang batil dan berani menegakkan yang haq.Kemudian muhasabatun nafs ;ertinya memperbaiki diri apakah meningkat atau menurun, apakah yang bertambah kebaikan atau kejahatan.Kemudian iradah; ertinya terus beramal tanpa rehat.Kemudian zuhud; ertinya meninggalkan kenikmatan dunia, sanggup dihina dari dimuliakan dan menundukkan segala syahwatnya.Kemudian faqr (fakir); ertinya tidak memiliki harta benda dunia serta mengosongkan hati dari apa yang tak tercapai oleh tangan,. Kemudian jujur; ertinya menguatkan diri menempuh segala rintangan dan menelan kepahitan. Menahan sabar merupakan maqam terakhir bagi golongan murid.

Selepas maqam at-tasobbur meningkat pula ke maqam sabar; ertinya tidak mengadu dalam menanggung kepedihan. Kemudian redha; ertinya menerima apa juga ujian. Kemudian ikhlas; ertinya dalam beramal tidak Nampak lagi makhluk, tujuannya hanya kerana Allah. Kemudian tawakkal kepada Allah; ertinya berserah diri pada allah, dan tidak meminta selain darinya [ALLAH].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan