Jumaat, 15 Julai 2011

PUISI TIRAI KEBENARAN

Kau tiada telihat walau kau ada didalam pelukan,
Tiada dapat ku sentuh sentiasa dalam pengharapan,
Kasih sayang tiada terpisah sepanjang zaman,
Selagi kau dan aku masih bersatu dalam keimanan.

Bersama mu kekasih aku merayu-rayu,
Sepanjang detik waktu aku sentiasa merindu
Walau pun kau tiada dapat aku terhidu,
Hanya keyakinan ku tetap bersama-sama  mu.

Setiap gerak geri ku menjadi perhatian mu,
Selautan penderitaan bersanding didalam hidup ku,
Pengabadian ku terbukalah tirai kau dan aku,
Tali peganggan qalbu sentiasa membantu,

Semakin jauh aku mencari-cari mu,
Semakin dekat kau dan aku terasa bersatu,
Andai terpisah kau dan aku
Maka hancurlah aku didalam keujudan ku.

Begitu nikmat sentiasa bila bersama mu,
Dalam keasyikkan rahsia berbahasa qalbu,
Aku berserah diri tertunduk malu,
Cahaya mu menjadi penyeri setiap langkah-langkah ku,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan