Rabu, 20 Julai 2011

PUISI MAAFKAN AKU

Biarku pendam segala perasaan,
biar berat mata memandang,
ini lah satu jalan penyelesaian,
pencarian ku masih panjang.

Titik-titik rindu bergelut diqalbu,
menusuk-nusuk disetiap penjuru,
ingatku selalu kepada mu,
menghalang pencarian ku masih keliru.

Biarlah rahsia ku simpan dihati,
ikhlaskan lah apa yang terjadi,
kau akan selalu ku kasihi,
izinkan aku meneruskan perjalanan ini.

Keyakinan ku satu masa nanti,
terjawap persoalan yang tersembunyi,
menghitung hari jawapan yang pasti,
kau akan bertahta dihati ini.

Laillahaillallah....,
izinkanlah aku melangkah,
mengakhiri pencarian disetiap arah,
segala-galanya ku berserah kepada allah,
semoga kita bersama mendapat berkah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan