Khamis, 14 Julai 2011

PUISI BERNAMA INSAN

Bila malam ku hanyut sendirian tampa teman,
Kugapai awan yang jauh tiada batasan,
Mencari makna sesuatu dalam pergertian,
Memahami erti budi yang bernama insan.

Oh...betapa sepinya malam ini,
Dalam pelukkan terasa disayangi,
Begitu indah mengungkap rahsia ilahi,
Setiap kejadian ada rahsia tersendiri.

Semakin malam pandangan ku semakin kelam,
Maka terbukalah panca indera yang tajam,
Terlintas sesuatu maknanya kalam,
Bernama insan bermunajat diwaktu malam.

Berjiwa insan mendapati jalan kebenaran,
Menjaga lisan setiap kata pertuturan,
Niat suci tidak akan dipersiakan,
Jauh sekali membangga diri demi kebendaan.

Cahaya dimata mu senyuman dibibir mu,
Merindukan kalam pertunjuk dari nur ilahi,
Terukir seribu rahsia bermakna sesuatu,
Dikala malam bernama insan sujud menyerah diri;
Diiringi zikir memuji-muji nur ilahi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan