Sabtu, 30 Julai 2011

PUISI SEJARAH BERULANG KEMBALI

S-sekian lama aku pendam menahan diri,
E-entah mengapa dihati ini untuk mencintai,
J-jalan ku tempuh berliku onak berduri,
A-akhirnya aku terjerumus didalam cinta ini,
R-rahsia tersembunyi malu ingin memiliki,
A-aku hanyut dibuai mimpi-mimpi yang tak pasti,
H-hari-hari yang ku lewati penuh sunyi dan sepi.

B-begitu menderita menahan perasaan ini,
E-engkau akan mengetahui disuatu masa nanti,
R-rahsia yang tersembunyi dihati ku ini,
U-untuk yang bernama hawa yang aku kasihi,
L-langkah-langkah ku tiada arah untuk berdiri,
A-aku hanya mampu berserah pada nur ilahi,
N-namun tiada keyakinan untuk memiliki,
G-gagal bercinta terdahulu masih menghantui.

K-kekasih ku yang aku cintai,
E-engkaulah ratu pujaan dihati,
M-masih kah ada ruang dihati mu untuk dicintai,
B-biarlah aku bernafas bersama mimpi-mimpi,
A-akan ku buktikan disuatu masa nanti,
L-langkah-langkah ku hayunkan tampa berhenti,
I-izinkanlah aku untuk menyintai mu didunia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan