Selasa, 19 Julai 2011

PUISI RAMADHAN KU

Gema ramadhan bulan berbahagia,
maka terbukalah amal dan rahsia,
janganlah kita semua masih terlena,
kenikmatan dunia hanyalah sementara.

Ramadhan bulan yang penuh berkat,
marilah kita beramal bersama beribadat,
menahan lapar dahaga berserta syahadat,
maka berbahagialah kita diakhir hayat.

Ramadhan yang kurindukan selalu,
diri terasa malu tidak bersama mu,
aku menyambut mu terasa haru,
kau segala bulan-bulan penentu.

Bulan ramadhan bulan berpuasa,
meniti cubaan menguatkan iman,
menahan nafsu segala rasa,
dimalam hari perbanyakkan amalan.

Bulan ramadhan bulan lailatuqodar,
bersujud diri memohon doa,
berbahagialah orang yang bersabar,
mendapat berkat gugur segala dosa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan