Jumaat, 22 Julai 2011

PUISI MATA MU

Mata mu...

Tiap kali kau memandang diriku,
aku merasakan ada sesuatu,
tenungan mu membuat aku tersipu,
menusuk didalam menyentuh qalbu ku.

Mata mu...

Bila bertentangan gementar seluruh jiwa ku,
terasa hilang arah tampa hala tuju,
aku terlena dengan pandang-pandangan mu,
aku rindu.......rindu  pada mata mu.

mata mu...

melengkapi seraut wajah keayuan mu,
menanbahkan seri setiap kali memandang mu,
getaran bermain diseluruh sudut hati ku,
dapat kurasakan bila bertentangan mata mu.

Mata mu...

Bisakah aku memiliki sepasang  mata mu
kerana mata mu tidur ku terganggu
terbayang-bayang seraut wajah mu
terasa kau memandang ku disetiap waktu

Mata mu

Janganlah kau menyiksa seluruh batin ku,
hadirlah dalam mimpi mengubati rindu ku,
janji ku sentiasa akan disisi mu,
akan ku tatap mata mu sepanjang waktu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan