Isnin, 25 Julai 2011

PUISI GADIS KU

Gadis ku...

Mata mu bak bintang kejora,
senyuman mu terpancar seisi dunia,
setiap lirikkan pandangan penuh bermakna,
kata bersopan santun bila berbicara..

Gadis ku...

Wajah mu seiras mentari pagi,
penampilan mu terjaga menghiasi diri,
melambangkan diri mu yang masih suci,
tingkah laku mu tersusun disetiap inci.

Gadis ku...

Kau lah gadis didalam seribu,
lambang keperibadian mu seorang ibu,
kasih sayang mu pada yang satu,
terusik dijiwa ku terpahat diqalbu.

Gadis ku...

Kau umpama mimpi didalam mimpi,
keujudan mu yang penuh misteri,
pendekatan ku masih kau ragui,
percayalah niat ku tulus dan suci.


Gadis ku...

Berilah aku peluang didalam hidup mu,
menghurai kasih sayang apakah ertinya rindu,
meniti kehidupan bersama-sama mu,
membahagiakan mu disepanjang waktu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan