Ahad, 17 Julai 2011

PUISI ASAL KU

Kau adalah sebahagian daripada asal ku,
lembap basah kering dan berbau,
tanah namamu yang diberikan leluhur ku,
tampa mu maka tiadalah berbentuk diri ku.

Sesejuk diri mu yang mengalir dalam tubuh ku,
menyegarkan daku setiap langkah-langkah ku,
tampa mu air aku menjadi lesu,
lemah longlai di setiap tubuh-tubuh ku.

Kehangatan mu  menjadi kehangat ku,
tampa kehangat aku menjadi kaku,
dapat dikawal menundukkan segala nafsu,
wahai api tunduklah dengan perintah ku.

Setiap sentuhan bermakna nafas ku,
hembusan memberi makna sesuatu,
tampa mu angin tiadalah hidup ku,
dapat mengenal apa itu erti rindu.

Sungguh indah kau bertahta diqalbu,
tersembunyi terlindung bernama aku,
Insan adalah rahsia-rahsia ku,
aku adalah rahsianya rahsia aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan