Khamis, 28 Julai 2011

PUISI BUKAN PINTA KU KEMAHUAN MU

Andainya aku tiada lagi, 
janganlah kau menanggisi diri, 
permegiannya aku tiada kembali, 
bermakna aku tiada lagi didunia ini.
Semua ini bukannya pinta ku kemahuan mu, 
walau pedih pilu belenggu di qalbu, 
ikhlaskan lah semuanya apa yang berlaku, 
iringilah permegian ku bersama doa-doa mu. 
Yang bernama insan yang lahir didunia,
tiada satu gagah perkasa yang sempurna,
bersamalah kita bersyukur apa yang ada,  
diberi kesempatan bernyawa hidup sementara.  
Setitis kenangan bersama mu kasih,
memberi kebahagian tampa meraih,
memberi semangat biar dihati merintih, 
tak lekang senyuman mu mengubati hati pedih.
Maafkan aku tiada dapat bersama mu, 
menjalani hidup bersama penuh berliku,
kasih ku hanya satu pinta ku dari mu, 
carilah penganti ku mengiringi hidup mu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan