Isnin, 30 Julai 2012

PUISI: TIADA TERDAYA.

Tika senja melabuhkan layarnya,
Sinar sang suria berlalu pergi,
Detik terindah tak dapat ku bayangkannya,
Jika esok hari aku tiada lagi.

Setiap pandangan sungguh mengasikkan,
Sentuhan alam bersama insan,
Didalam pertemuan ada perpisahan,
Itulah hakikat didalam kehidupan.

Sayangnya kau tiada disisi,
Setiap gerak geri terasakan sunyi,
Masih belum terubat luka ku ini,
Hati terasa masih menyanggi.

Ku cuba menahan sebak didada,
Tampa disedari air mata berlinangan,
Aku insan apakan daya,
Semua ini sudah suratan.

Ku bangkit melangkah kaki,
Menghiasi waktu berlalu pergi,
Ku pujuk hati yang disakiti,
Ikhlaskan apa yang telah terjadi.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan