Rabu, 25 Julai 2012

PUISI: DIMANA PENAWAR PENYEMBUH LUKA

Disini tiada lagi berair mata,
tiada termampu untuk berbicara,
 berdiam diri terpaku memujuk jiwa,
menghargai cinta walaupun terluka.

Ku penjarakan hati ini demi dia,
ku sakiti hati ini kerana cinta,
tersusuk ranting duri yang berbisa
dimana penawar penyembuh luka,

Dimanakah bayangan yang ku rindu,
kemanakah hilang tiada terhidu,
disini kasih masih menunggu mu,
menghilang resah buat diri ku.

Tika begini aku masih sendiri,
mengharapkan kedamaian dilubuk hati,
semoga luka ini akan terhenti,
kehadiran insan yang sudi berbahagi.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012-7-26  / 9.41 AM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan