Jumaat, 27 Julai 2012

PUISI: SENYUMAN MU PENUH KEIKHLASAN.

Cinta teragung tiada kelihatan
terlindung disebalik kesakitan
hilang dalam nikmat pelukan,
tersembunyi disetiap pandangan.

Tiada terputus tali pegangan,
dihujani cacian segala kehinaan,
biar derita dialam kehidupan,
senyuman mu penuh keikhlasan.

Keabdian mu penuh ketakwaan,
kau tinggalkan nama segala kepalsuan,
rahsia insan seiring perjalanan,
mata terpejam penyuluh keimanan.

Setiap penghayatan tiada batasan,
cahaya rembulan menyuluh kedasar lautan,
tiada tercapai oleh akal kemanusiaan,
ikatan keyakinan segala penentuan.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012-7-28 /5.17 AM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan