Khamis, 19 Julai 2012

PUISI: TERSIMPAN RAHSIA DISEBALIK SERIBU BULAN

Cahaya ramadhan menyinar kembali,
perpaduan ummah kembali bersemi,
terpancar nur hidayah menusuk disanubari,
bersama hayati ramadhan yang kembali.

Bersatu padu meraikan ramadhan,
 tersimpan rahsia disebalik seribu bulan,
masih kelihatan penuh keberkatan,
terbukalah rahsia seorang insan.

Disaat bersujud dimalam-malam ramadhan,
terpancarlah cahaya  disebalik keimanan,
bergembiralah yang bernama insan,
hidayah diturunkan tampa sempadan.

Yang bernama insan sucikan hati mu,
keberkatan ramadhan seiring niat mu,
bersama syahadat pegangan hidup mu,
kau dan aku dari dzat yang satu.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012/7/20


Tiada ulasan:

Catat Ulasan