Ahad, 29 Julai 2012

PUISI: CINTA KU SEIRING QALAMULLAH.

Ku curahkan segala impian,
pasti masih diawang-awangan,
lena terpancar warna kehidupan,
terteralah kedaifan satu tujuan.

Tatkala hati ini merintih pasrah,
ku cuba setia tiada berpaling arah,
berpegang janji bersama titisan darah,
cinta ku seiring qalamullah.

Tersenyumlah wahai kekasih ku,
senyuman mu  kekuatan bagi ku,
biar badai hadir berliku-liku,
harapan ku pada mu tetap satu.

Tiada seindah  langit dan bumi,
seindah cinta kita bila bersemi,
ku hulurkan tangan bersama menikmati,
anugerah cinta yang diberi.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
Hak cipta terpelihara 2012-7-29 / 3.07 pm


1 ulasan: