Jumaat, 27 Julai 2012

PUISI: ADAM DAN HAWA.

Waa adam waa hawa,
Terpisah kerana syaitan durjana,
Dua jasad satu jiwa,
Akhirnya terpisah jua.

Kehilangan hawa tampa disedari,
Setiap penjuru dunia ia mencari,
Berkat doa keyakinan diri,
Semoga perjalanannya diberkati.

Adam bersujud berserah diri,
Menyesali apa yang terjadi,
Mengharap hawa akan kembali,
Menemaninya didunia sentiasa disisi.

Doa adam tampa henti,
Memohon hidayah dari dzat yang dikasihi,
Moga hawa dapat di jumpai,
Demi kehidupan suami isteri.

Adam dapat petunjuk dari nur ilahi,
Carilah hawa seteguh hati,
Berbekalkan iman sentiasa diuji,
Sebelum nyawa dan nafas terhenti.

Pertemuan adam dan hawa sungguh bermakna,
Maka bermulalah kehidupan manusia,
Mengingatkan kita satu rahsia,
Yang tak akan terungkap dengan kata-kata.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan