Rabu, 18 Julai 2012

PUISI: TENGELAMKAN AKU KEDASAR CINTA MU.

Setitis embun mengundang dikala malam,
Terpancar cahaya yang aku inginkan,
Hakikat bunga mimpi masih kelam,
Terungkai rindu yang tiada tertahan.

Terteralah kedaifan perjalanan hidup ku,
Menanggisi kemiskinan hati yang sunyi,
Mungkinkah hari esok masih ada waktu,
Bersujud berserah diri pada nur ilahi.

Dahaga kasih dibelenggu dunia,
Berkat malam wangian surga mu,
Meniti dosa mengapai kebahagia.
Tengelamkan aku kedasar cinta mu.

Tiada terdaya gugurnya air mata,
Mencari cahaya dikala derita,
Betapa hebatnya cinta yang aku pinta,
Hakikatnya cinta satu rahsia.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012/7/I9


Tiada ulasan:

Catat Ulasan