Selasa, 24 Julai 2012

PUISI: INSYAALLAH AMANAH TERLAKSANA.

Doa untuk bunda dialam sana,
syahid akhirat tiada terduga,
demi allah bunda berbahagia,
semoga terjaga zuriat mu didunia.

Pertemuan kita tiada terduga,
berbahasa qalbu memahami makna,
pandangan mata mu terbuka rahsia,
 ku cuba  membantu sedaya upaya.

Titisan mu merindui selalu,
didalam doanya ingin bertemu,
menatap wajah didalam qalbu,
melepas rindu disebalik rahsia mu.

Tiada terbatas waktu sempadan,
setiap pertemuan adanya perpisahan,
insyaallah semoga kita dipertemukan,
terikat ikatan satu perhubungan.

Rahsia alam rahsia allah,
terpancarnya  rahsia nur hidayah
sucikan hati  kita bersama berserah,
bersandingkan rahsia qalammullah.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012/7/25.  5.00 AM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan