Isnin, 30 Julai 2012

PUISI: TIADA LAGI BERSUMUR AIR MATA.

Ku intai diri mu disebalik rindu,
mengapai tirai kamar dihati mu
demi ikatan suci  nan satu,
sambutlah diri ku seadanya aku.

Syahdu nan senja mengetar jiwa ku,
luahan seribu bahasa kian membisu,
alunan merdu bisikkan bayu,
keindahan  alam melenakan diri ku.

Hamparan cinta setulus rasa,
ku hujani berbagai wangian bunga,
tiada lagi bersumur air mata,
lenyaplah segunung duka lara.

Syair merdu ikhlas dari ku,
keikhlasan jawapan dari diri mu,
menuju bahtera belayar dilautan biru,
bersanding bersujud pada yang satu.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012-7-31 / 1.51 PM





PUISI: TIADA TERDAYA.

Tika senja melabuhkan layarnya,
Sinar sang suria berlalu pergi,
Detik terindah tak dapat ku bayangkannya,
Jika esok hari aku tiada lagi.

Setiap pandangan sungguh mengasikkan,
Sentuhan alam bersama insan,
Didalam pertemuan ada perpisahan,
Itulah hakikat didalam kehidupan.

Sayangnya kau tiada disisi,
Setiap gerak geri terasakan sunyi,
Masih belum terubat luka ku ini,
Hati terasa masih menyanggi.

Ku cuba menahan sebak didada,
Tampa disedari air mata berlinangan,
Aku insan apakan daya,
Semua ini sudah suratan.

Ku bangkit melangkah kaki,
Menghiasi waktu berlalu pergi,
Ku pujuk hati yang disakiti,
Ikhlaskan apa yang telah terjadi.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2011

Ahad, 29 Julai 2012

PUISI: CINTA KU SEIRING QALAMULLAH.

Ku curahkan segala impian,
pasti masih diawang-awangan,
lena terpancar warna kehidupan,
terteralah kedaifan satu tujuan.

Tatkala hati ini merintih pasrah,
ku cuba setia tiada berpaling arah,
berpegang janji bersama titisan darah,
cinta ku seiring qalamullah.

Tersenyumlah wahai kekasih ku,
senyuman mu  kekuatan bagi ku,
biar badai hadir berliku-liku,
harapan ku pada mu tetap satu.

Tiada seindah  langit dan bumi,
seindah cinta kita bila bersemi,
ku hulurkan tangan bersama menikmati,
anugerah cinta yang diberi.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
Hak cipta terpelihara 2012-7-29 / 3.07 pm


Sabtu, 28 Julai 2012

PUISI: FAHAMILAH AKU DISEBALIK RINDU.

Redupnya mentari dikala senja menghampiri,
ku sandarkan untuk insan yang mengerti.
ku temukan  bila terbenamnya mentari,
andainya esok mentari bersinar kembali.

lembaran ini tersimpan penuh bermakna,
ku ukirkan nama mu dihujung pena,
seindah kilauan bintang diangkasa,
menghiasi malam seribu doa.

Ku titip sang bayu memanggil nama mu,
bisikkan indah bersyair-syair merdu,
lenanya tidur mu dibuai mimpi syadu,
 fahamilah aku disebalik rindu.

Ingin ku bawa mu bersama harapan,
kebahagia mu disegenap kehidupan,
tiadanya ku rela diri mu hanyut kesepian.
izinkan ku pimpin diri mu menuju keberkatan.

ffazreensandajagat.blogspot com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012=7-28 / 6.03 PM



Jumaat, 27 Julai 2012

PUISI: SENYUMAN MU PENUH KEIKHLASAN.

Cinta teragung tiada kelihatan
terlindung disebalik kesakitan
hilang dalam nikmat pelukan,
tersembunyi disetiap pandangan.

Tiada terputus tali pegangan,
dihujani cacian segala kehinaan,
biar derita dialam kehidupan,
senyuman mu penuh keikhlasan.

Keabdian mu penuh ketakwaan,
kau tinggalkan nama segala kepalsuan,
rahsia insan seiring perjalanan,
mata terpejam penyuluh keimanan.

Setiap penghayatan tiada batasan,
cahaya rembulan menyuluh kedasar lautan,
tiada tercapai oleh akal kemanusiaan,
ikatan keyakinan segala penentuan.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012-7-28 /5.17 AM


PUISI: ADAM DAN HAWA.

Waa adam waa hawa,
Terpisah kerana syaitan durjana,
Dua jasad satu jiwa,
Akhirnya terpisah jua.

Kehilangan hawa tampa disedari,
Setiap penjuru dunia ia mencari,
Berkat doa keyakinan diri,
Semoga perjalanannya diberkati.

Adam bersujud berserah diri,
Menyesali apa yang terjadi,
Mengharap hawa akan kembali,
Menemaninya didunia sentiasa disisi.

Doa adam tampa henti,
Memohon hidayah dari dzat yang dikasihi,
Moga hawa dapat di jumpai,
Demi kehidupan suami isteri.

Adam dapat petunjuk dari nur ilahi,
Carilah hawa seteguh hati,
Berbekalkan iman sentiasa diuji,
Sebelum nyawa dan nafas terhenti.

Pertemuan adam dan hawa sungguh bermakna,
Maka bermulalah kehidupan manusia,
Mengingatkan kita satu rahsia,
Yang tak akan terungkap dengan kata-kata.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2011

Khamis, 26 Julai 2012

PUISI: TERNYATA INDAH DISEBALIK KERINDUAN.

Hembusan dingin selembut sang bayu,
mengiringi ombak yang menderu,
menyapa pasir pantai  nan kelabu,
terusik hati ku menjadi kelu.

Setiap pandangan hati tertawan,
setiap kejadian tersimpan kenikmatan,
engkau ciptakan rahsia  keabdian,
ternyata indah disebalik kerinduan.

Ku tempuh titian segala rintangan.
ku capai tirai kasih dalam keasikkan,
biar hina didunia aku merelakan,
kemulian terlindung disebalik kecintaan.

Termampu ku genggam tiada ku lepaskan,
disebalik tirai kasih rahsia kesucian,
tiada terpandang diiringi ketakwaan,
syariat terlaksana perjalanan seorang insan.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012-7-27 / 11.00 AM



PUISI: NUR MUHAMMAD.

Wajah mu terpancar nur ilahi,
Sopan santun mu tiada terperi,
Siapa terpandang pasti mengasihi,
Menyentuh qalbu terasa dihati.

Tutur kata mu membawa hikmah,
Menyeru segala mahluk bersujud kepadanya,
Semoga hidup ini lebih terarah,
Sebelum nafas terhenti terpisah nyawa.

Banyak rintangan yang kau lalui,
Seteguh keimanan kau sanggup hadapi,
Demi cinta kasih yang suci,
Yang tak pernah berbelah bagi,

Kau menyeru tampa rasa jemu,
Supaya bersujud pada yang satu,
Kelakuan mu membuat aku terharu,
Melambangkan keperbadian mu.

Agama ku agama mu,
Bersinar hingga akhir zaman,
Berpegang hidup dengan sunah mu,
Hidup dan mati  didalam keimanan.

Terima kasih ku ucapkan,
Tiada terbalas segala pengorbanan,
Aku bermohon pada mu ya allah,
Beserta sahadat laaillahaillallah muhammadarasullullah.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2011

PUISI: DEDAUNAN DAN TINTA

Yaa hu allah bertapa kerdilnya aku,
Jika dibandingkan apa yang kau berikan pada ku,
Dzat yang maha sempurna,
Dzat yang lagi maha bijak sana.

Setiap saat sedutan nafas ku,
Kau iringi dengan zikir hu,
Setiap hembusan nafas kau iringi allah,
Membuat diri tampa merasa lelah.

Dedaunan di seluruh jagat ku jadikan kertas,
Seluruh air dilautan akan ku jadikan tinta,
Setiap pemberian mu tiada terbalas,
Menunjukkan kekuasaan mu yang nyata.

Seluruh alam kujadikan saksi,
Aku tunduk kepada mu berserah diri,
Memohon keampunan pada mu ilahi,
Demi kehidupan yang hakiki.

Yaa allah yaa rabbi,
Binbinglah aku kejalan mu,
Ampunilah dosa-dosa ku,
Demi mendapatkan hidayah mu,
Didalam perjalanan hidup ku.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA  2011

PUISI: CORETAN INI PENGANTI AIR MATA.

Linangan air mata tercipta bait-bait puisi,
rangkapnya indah asyik menyentuh sanubari,
tercipta lamunan ketika aku sendiri,
terhentinya air mata terhentilah coretan puisi.

Tersingkap alunan mesra ketika bersama,
syair-syair indah sungguh bermakna,
senyum tawa masih bermain dimata,
kini tiada kau bawa bersama.

Hadirlah kasih ku dahagakan kasih mu,
biar sekilas bayangan dakaplah diri ku
hilangkan rindu disetiap penjuru,
hanya diri mu yang ku mahu.

Coretan ini penganti air mata,
entahkan bila berhenti titisannya,
selagi diri ku ada daya upaya,
ku utuskan puisi ini keserata dunia.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2O12-7-27 / 12.00 AM

Rabu, 25 Julai 2012

PUISI: DIMANA PENAWAR PENYEMBUH LUKA

Disini tiada lagi berair mata,
tiada termampu untuk berbicara,
 berdiam diri terpaku memujuk jiwa,
menghargai cinta walaupun terluka.

Ku penjarakan hati ini demi dia,
ku sakiti hati ini kerana cinta,
tersusuk ranting duri yang berbisa
dimana penawar penyembuh luka,

Dimanakah bayangan yang ku rindu,
kemanakah hilang tiada terhidu,
disini kasih masih menunggu mu,
menghilang resah buat diri ku.

Tika begini aku masih sendiri,
mengharapkan kedamaian dilubuk hati,
semoga luka ini akan terhenti,
kehadiran insan yang sudi berbahagi.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012-7-26  / 9.41 AM


Selasa, 24 Julai 2012

PUISI: INSYAALLAH AMANAH TERLAKSANA.

Doa untuk bunda dialam sana,
syahid akhirat tiada terduga,
demi allah bunda berbahagia,
semoga terjaga zuriat mu didunia.

Pertemuan kita tiada terduga,
berbahasa qalbu memahami makna,
pandangan mata mu terbuka rahsia,
 ku cuba  membantu sedaya upaya.

Titisan mu merindui selalu,
didalam doanya ingin bertemu,
menatap wajah didalam qalbu,
melepas rindu disebalik rahsia mu.

Tiada terbatas waktu sempadan,
setiap pertemuan adanya perpisahan,
insyaallah semoga kita dipertemukan,
terikat ikatan satu perhubungan.

Rahsia alam rahsia allah,
terpancarnya  rahsia nur hidayah
sucikan hati  kita bersama berserah,
bersandingkan rahsia qalammullah.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012/7/25.  5.00 AM


Isnin, 23 Julai 2012

PUISI:DENDAM

Mentari berlalu menghiasi lakaran bumi,
Seluas alam tersenyum melambai dini hari,
Menumpang selautan kasih tersemat dihati,
Menyerikan suasana kehidupan merasakan bererti.

Walau secerah langgit dikaki lautan,
Batin menjerit mengigil seraut wajah kealfaan,
Mengenang nasib malang tiada ke upayaan,
Merindu dendam kasih tak kunjung datang.

Hembusan angin membelai tubuh kerinduan,
Merintih kecundang dalam kecintaan,
Gugurnya putik bunga bersama dedaunan,
Derita sepi menyelubungi awan hitam.

Indahnya sekawan burung melebarkan sayapnya,
Menyanyi menari diangkasa oh sungguh bahagianya,
Aku cemburu mereka membelah awan bersama,
Sedangkan aku kaku seperti tiada bernyawa.

Tanah gersang kemarau debu berterbangan,
Mengharapkan setitik hujan tanda pengertian,
Selagi amarah bersarang didada bernafsu syaitan,
Niat yang suci tak akan kesampaian.

Bara-bara kemurkaan melindungi kenikmatan,
Selagi jiwa kekosonggan tiada kekesalan,
Bertemankan kegelisahan sepanjang kehidupan,
Tiada keinsafan tiada ke ampunan tuhan.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2011

Sabtu, 21 Julai 2012

PUISI: INGAT PESANAN KU.

Wahai manusia ingatlah pesanan ku,
jangan jadikan diri mu seperti aku,
demi mengejar kenikmatan dunia,
kini aku derita sepanjang masa.

Jasad ku berujud tiada sempurna,
derita aku alami amat sensara,
jasad ku ada tiada bernyawa,
hanya titisan darah  aku hidup seketika.

Hidup ku kini dibelenggu dosa,
hanya meminta simpati manusia,
sedangkan aku manusia dulu kala,
hidup perkasa dan berkuasa.

Kini semuanya telah tiada,
Kesilapan diri ku membawa bencana,
hanya bisa menunggu keampunan pencipta,
akhir zaman penentu segalanya.

ffazreensabda.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012/7/22
TOLONG JANGAN DICACI MAKHLUK INI...
JADIKAN IA SEBAGAI PENGAJARAN HIDUP.

PUISI: HARGAILAH DIRI MU.

Wanita...
Kelembutan mu bisa mengoncang dunia,
tatkala hatimu selembut sutera,
jangan biarkan diri mu hanyut tergoda,
pujukan rayu setiap jejaka dialam maya.

Jadikan diri mu sentiasa dihormati,
jangan jadikan diri mu pengalas kaki,
kelak diri mu tidak dihargai,
kasih tiada lagi bila cinta dikhianati.

Bersabarlah menempuh segala rayuan,
kebenaran akan datang bersama ketakwaan,
keiklasan kejujuran seiring kehidupan,
berbahagialah kekuatan bersama iman.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012/7/21

Jumaat, 20 Julai 2012

PUISI: KEINDAHAN RAHSIA.

Setiap pandangan hanya tanda-tanda,
Memahami sifat-sifat segala rupa,
keindahan duniawi hanya seketika,
tiada keabadian kecintaan didunia fana.

Ku lihat  ku renung didalam diri ku
aku tengelam dalam bisikan qalbu,
keindahan rahsia bila bersama mu,
 terungkai disebalik rahsia bagi ku,

Keabadian cinta mu terlindung diqalbu,
satukan aku dalam keabadian cinta mu,
anugerah cinta rahsia  bila bertemu,
tiada berpaling kau dan aku.

ffazreensabdajagat.blogspot,com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012/7/20


Khamis, 19 Julai 2012

PUISI: TERSIMPAN RAHSIA DISEBALIK SERIBU BULAN

Cahaya ramadhan menyinar kembali,
perpaduan ummah kembali bersemi,
terpancar nur hidayah menusuk disanubari,
bersama hayati ramadhan yang kembali.

Bersatu padu meraikan ramadhan,
 tersimpan rahsia disebalik seribu bulan,
masih kelihatan penuh keberkatan,
terbukalah rahsia seorang insan.

Disaat bersujud dimalam-malam ramadhan,
terpancarlah cahaya  disebalik keimanan,
bergembiralah yang bernama insan,
hidayah diturunkan tampa sempadan.

Yang bernama insan sucikan hati mu,
keberkatan ramadhan seiring niat mu,
bersama syahadat pegangan hidup mu,
kau dan aku dari dzat yang satu.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012/7/20


Rabu, 18 Julai 2012

PUISI: TENGELAMKAN AKU KEDASAR CINTA MU.

Setitis embun mengundang dikala malam,
Terpancar cahaya yang aku inginkan,
Hakikat bunga mimpi masih kelam,
Terungkai rindu yang tiada tertahan.

Terteralah kedaifan perjalanan hidup ku,
Menanggisi kemiskinan hati yang sunyi,
Mungkinkah hari esok masih ada waktu,
Bersujud berserah diri pada nur ilahi.

Dahaga kasih dibelenggu dunia,
Berkat malam wangian surga mu,
Meniti dosa mengapai kebahagia.
Tengelamkan aku kedasar cinta mu.

Tiada terdaya gugurnya air mata,
Mencari cahaya dikala derita,
Betapa hebatnya cinta yang aku pinta,
Hakikatnya cinta satu rahsia.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012/7/I9


Isnin, 16 Julai 2012

PUISI: BERSEMADINYA CINTA.

Haruskah aku menanggisi,
Bisakah aku membenci,
Seiras wajah yang disayangi,
Terukir senyuman luka dilukai.

Anugerah cinta diberikan,
Hanya sesaat merasa kenikmataan,
Mampukah aku merelakan,
Diakhiri dengan kebohongan.

Begitu sukar untuk melafazkan,
Cinta sebenar harus ditinggalkan,
Berkorban demi kebahagian,
Perjalanan hidup dua insan.

Jangan sesekali kau merindui ku.
Kerinduan mu bergetar dijiwa ku,
Naluri ini akan memanggil nama mu,
Membuat hati ku terluka selalu.

Ikhlaskan apa yang terjadi,
Cinta kita biar bersemadi,
Cinta yang penuh misteri,
Hanya kita yang bisa merasai.

Akan ku bawa kenangan bersama penderitaan,
Kenangan yang kita lalui dahulu,
Berkongsi penderitaan tersemat diingatan,
Seiring perjalanan hingga penghujung nafas ku.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012


Khamis, 12 Julai 2012

PUISI: SALAHKAH AKU...???

Kutitip kasih didahan rindu,
Membelai bayu seakan diri mu,
Ku sebut nama mu bernada sayu,
Mengertilah aku seperti dahulu.

Setiap langkah ku seakan menjadi lesu,
Setia menunggu dan terus menunggu,
Tampa pengertian berlalu detiknya waktu,
Sentuhan lembut mu kian membisu.

Ku pujuk hati dendangan pilu,
Tarian berlagu bernada sendu,
Mata ku terpejam berombak rindu,
Air mata ku gugur satu persatu.

Maafkanlah jika aku keliru,
Mengundang kasih yang bukan milik ku,
Kepermegian ku kebahagian mu
Salahkah aku menyintai mu.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012

Isnin, 9 Julai 2012

PUISI: SECEBIS ILUSI BUKANNYA MIMPI.

Mengapa hati ini bergetar mengingati ,                                                                                                                                      Keujudan diri mu secebis ilusi ,                                                                                                                                                Keindahan yang ku damparkan hanyalah mimpi ,                                                                                                                  Dunia ini bagaikan tiada lagi.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           Tak ada ertinya hidup ini ,                                                                                                                                                         Mengejar sesuatu yang belum pasti ,                                                                                                                                             Biar aku bersembunyi disebalik ilusi ,                                                                                                                                   Dilubuk naluri tak pernah membohongi.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           Alangkah pedih terasa dihati ,                                                                                                                                              Ku luahkan bahasa untuk difahami ,                                                                                                                                   Untuk mu yang tidak ku ketahui ,                                                                                                                                         Dimanakah kehadiran mu didunia ini.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       Dimana-mana diri mu akan ku cari ,                                                                                                                                     Jangan biarkan diri ku tersiksa begini ,                                                                                                                             walaupun jauh terasa dihati ,                                                                                                                                                 Apakah sebagai tanda untuk dimiliki.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     Kesetiaan ku tak akan luntur dihati ,                                                                                                                               Selagi hidup dan nafas belum terhenti ,                                                                                                                                Ku cuba dan mencuba  untuk mengakhiri ,                                                                                                                      Hadir mu disisi seiring dihati.                                                                                                                         ffazreensabdajagat.blogspot..com. HAK CIPTA TERPELIHARA 20012-6-23.

PUISI: AKU MUSAFIR HINA.

Tiada yang dapat aku memiliki ,                                                                                                                                             Tiada insan yang sudi berbahagi ,                                                                                                                                       Bunga yang ingin ku genggam masih berduri ,                                                                                                                         Aku musafir hina didunia ini.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Bisakah aku dapat memahami ,                                                                                                                                        Ingin didekati ia sudah dimiliki ,                                                                                                                                  Harumnya bunga ditaman berduri,                                                                                                                              Keharumannya masih terasa hingga kini.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             Aku musafir hina didunia ini ,                                                                                                                                
Kini terluka tersusuk ranting berduri ,                                                                                                                                       Sayang ku tiada lagi bererti ,                                                                                                                                     Keinginan ku hanya sebuah mimpi ngeri.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          Mimpi musafir hina didunia ini ,                                                                                                                                          Hingga kini aku masih sendiri ,                                                                                                                                                  Duri yang masih tersusuk disanubari ,                                                                                                                                      Bisakah terubati disuatu hari nanti .                                                                                                          ffazreensabdajat.blogspot.google.com. HAK CIPTA TERPELIHARA 2012-06-21

PUISI: BADAI SEMALAM

Masih jelas tamparan mu tampa diundang ,                                                                                                    Tercoret seribu pertanyaan bila dipandang ,                                                                                                   Segala keindahan musnah tiada terhalang ,                                                                                                     Kau datang dan menghilang.                                                                                                                                                                                                                                                                                         Benarkah cinta yang datang akan pergi ,                                                                                                 Apakah daya untuk mempertahankan cinta ini ,                                                                                        Bila cinta yang ku belai terasa disakiti ,                                                                                                          Semakin mencintai mu semakin dikianati.                                                                                                                                                                                                                                                                           Sinaran rembulan tidak secerah dahulu ,                                                                                                        Kehangatan tiada terasa bila hati kian membeku ,                                                                                       Waktu terasa suram bila hari mendung selalu ,                                                                                            Keceriaan yang ku dambakan layu kian membisu.                                                                                                                                                                                                                                                             Setiap detik berlalu mengejar waktu ,                                                                                                            Aku masih kaku dibelengu hati nan kelabu ,                                                                                                   Jiwa ku terasa syahdu tiada menentu ,                                                                                                         Bila perasaan ini letih lesu tiada yang tahu.                                                                                                                                                                                                                       ffazreensabdajagat.blogspot.google.com                                                                                               HAK CIPTA TERPELIHARA 2012-6-22