Jumaat, 25 Januari 2013

PUISI SIAPAKAH AKU

Terbang diangkasa mencari hala tuju,
memerhati setiap arah setiap penjuru,
hati ku sepi tiada siapa yang tahu,
mencari jati diri siapakah leluhur ku.

Tiap kali diperhentian disuatu tempat,
mencari makna berbekal syahadat,
menghuraikan erti disebalik kudrat,
bersandingkan diri nafi dan isbat.

Perjalanan ku harus diteruskan,
tiada tempat tiada sempadan,
hanya aku bisa merasakan,
yang tersembunyi disebalik kejadian.

Hanya bimbimgan mu guru sejati,
yang terlindung lagi tersembunyi,
aku tekan memberanikan diri,
mencari arah yang nak ku ditujui.

Disetiap persoalan pasti ada jawapan,
tersilap langkah bermaksud kemusnahan,
dialam pencarian terlalu banyak rintangan,
demi meraih kenikmatan terlindung kemulian.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
Hak cipta terpelihara 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan