Isnin, 21 Januari 2013

PUISI: AIR MATA SEJADAH CINTA

Hamparan usang menyentuh dahi,
meminta simpati  nur illahi,
betapa hinanya diri ku ini,
dihadapan mu yaa robbi.

Air mata sejadah cinta,
aku dan dia satu makna,
terpisah zahir qalam bersama,
memahami makna satu rahsia.

Tujuh anggota sujud setia,
qalam bergema asmaul Husna,
mata hati titik bermula,
terlihat tanda sinar cahaya.

Pelambangan bukannya hayalan,
bisikkan qalbu satu kenyataan,
berdiam diri satu kemulian,
rahsia sejati satu kebenaran.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
Hak cipta terpelihara 2013/1/22-3.45 AM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan