Sabtu, 25 Ogos 2012

PUISI:MENCARI SAHABAT


Setinggi gunung akan ku daki,
Seluas lautan akan ku renangi,
Apakah makna erti hidup ini,
Jika sesama insan tiada berbakti.

Ku hulurkan ku sambut tangan mu,
Erti persahabat sesama insan,
Demi kasih ku kepada mu,
Apa pun jua ku terima kenyataan.

Kicauan burung seakan menyanyi,
Angin bertiup sesepoi bahasa,
Hidup berharta hati ku terasa sunyi,
Mencari kebagiaan entah dimana.

Dikeheningan malam membeku,
Oh angin sampaikan salam rindu ku,
Pada sahabat ingin ku bertemu,
Gelak ketawa bersama-sama mu.

Ku lihat sawah terbentang,
Seluas mata memandang,
Itulah yang aku harapkan,
Didalam sesuatu perhubungan.

ffazreensabdajagat,blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan