Sabtu, 4 Ogos 2012

PUISI: DALAM RENUNGAN HIASAN HAYALAN.

Dalam renungan hiasan hayalan,
memecah badai ukiran kecintaan,
berdiri pegangan tiang keyakinan,
jiwa masih tersusuk kegersangan.

Aku menari dialam kegelapan,
tarian mencari titik pemulaan,
warna pelangi hiasi keasyikkan,
titik masih dalam kesamaran.

Tarian kegelapan belum terhenti,
kelembutan tarian menyiksa diri,
nyayian kealfaan terkurung diduniawi.
kecintaan bagi ku yang tiada erti.

Kedengaran alunan bahasa terindah,
gemersik syahdu satu kalimah,
titik pemulaan titik terarah,
rahsia memahami bahasa  terindah.

ffazreensabdajagat/blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012-8-5 / 5.39 AM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan