Selasa, 23 Oktober 2012

PUISI:FITRAH CINTA.

Cinta ia datang ia pergi,
Sebagai insan kita harus menyakini,
Ia terlalu mudah tersemat disanubari,
Tiada termampu untuk dihindari.

Cinta ia hadir kehendak nur ilahi,
Diambang pelayaran sentiasa diuji,
walaupun terseksa rasa disakiti,
Semua itu harus kita ditempuhi.

Terciptanya cinta perlayaran bermula,
Menuju destinasi indah suka duka,
Cinta membuka segalanya rahsia,
Demi cinta jangan kita terpedaya.

Cinta pada manusia harus diingati,
Setiap perhubunggan harus dibatasi,
Cinta yang harus tak diyakini,
Kerana cinta ia menyerah diri.

Anugerah cinta satu fitrah,
Damainya dihati setiap langkah,
Tiada dendam tiada amarah
Cinta yang sejati kepada allah.


ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2011-6-22 / 3.11 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan