Isnin, 15 Oktober 2012

PUISI: PANCAINDERA SATU KENIKMATAN.

Terlalu panjang didalam lena,
dialam penantian penuh derita,
terpisah ikatan seisi dunia,
mengharap setitis ketulusan doa.

Kenali diri sebelum pencipta,
aku sejati disebalik makna,
terlihat sinar  bersifat cahaya,
dzat terlindung satu rahsia.

Bisikkan qalbu penuh ketulusan.
diajar kebaikkan didalam kehidupan,
tingkah laku tetap diperhatikan,
pancaindera satu kenikmatan.

Pejamkan mata tenangkan jiwa,
terpancar cahaya  mata hati terbuka,
terlihat rahsia seisi dunia,
sujud kesyukuran pada yang esa.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012-10-15 / 9.55 AM
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan