Isnin, 25 Mac 2013

PUISI: DUHAI MALAM TEMANILAH DIA


Bahagianya dipenghujung senja,
tatkala menitisnya air mata,
kebahagian yang dikau bawa,
mengubah ku segala-galanya.

Tiada ku sangka menghampirimu,
kau menyinari didalam dunia ku,
mengajar aku sesuatu yang baru,
memahami setia janji bersatu.

Mengenal mu satu petanda,
mencintai mu satu rahasia,
kasih mu selalu akan ku bawa,
ikatan qalbu kita berdua.

Duhai malam temanilah dia,
selayaknya aku berada disisinya,
membelai rindu jalinan mesra,
hiang resah senyuman tercipta.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
Hakcipta terpelihara 1213 / 3 / 23 - 10. 45 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan