Isnin, 24 Disember 2012

PUISI: DIKALA RESAH MENGULIT GALBU

Sayang ku..

jiwa ini masih terganggu,
bisikkan merdu suara mu,
dikala resah mengulit qalbu,
dakaplah rindu  bayangan ku.

Sayang ku...

mendung ini  berawan kelabu,
sinar mentari masih dibelenggu,
terbatas waktu mesra bersama mu,
kehadiran ku tiada terhidu.

Sayang ku...

ku cuba pejamkan mata,
ku pendam segala rahsia,
demi menjaga ikatan cinta,
terlihat senyuman dan tawa.

Sayang ku...

dimanakah hujung perjalanan ini,
jika hati ini tiada berpenghuni,
tatkala sinar mata hilangnya seri,
hanya bisa aku berdiam diri.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
Hak cipta terpelihara 2012/12/25  2.28 AM



Tiada ulasan:

Catat Ulasan