Isnin, 30 Julai 2012

PUISI: TIADA LAGI BERSUMUR AIR MATA.

Ku intai diri mu disebalik rindu,
mengapai tirai kamar dihati mu
demi ikatan suci  nan satu,
sambutlah diri ku seadanya aku.

Syahdu nan senja mengetar jiwa ku,
luahan seribu bahasa kian membisu,
alunan merdu bisikkan bayu,
keindahan  alam melenakan diri ku.

Hamparan cinta setulus rasa,
ku hujani berbagai wangian bunga,
tiada lagi bersumur air mata,
lenyaplah segunung duka lara.

Syair merdu ikhlas dari ku,
keikhlasan jawapan dari diri mu,
menuju bahtera belayar dilautan biru,
bersanding bersujud pada yang satu.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012-7-31 / 1.51 PM





PUISI: TIADA TERDAYA.

Tika senja melabuhkan layarnya,
Sinar sang suria berlalu pergi,
Detik terindah tak dapat ku bayangkannya,
Jika esok hari aku tiada lagi.

Setiap pandangan sungguh mengasikkan,
Sentuhan alam bersama insan,
Didalam pertemuan ada perpisahan,
Itulah hakikat didalam kehidupan.

Sayangnya kau tiada disisi,
Setiap gerak geri terasakan sunyi,
Masih belum terubat luka ku ini,
Hati terasa masih menyanggi.

Ku cuba menahan sebak didada,
Tampa disedari air mata berlinangan,
Aku insan apakan daya,
Semua ini sudah suratan.

Ku bangkit melangkah kaki,
Menghiasi waktu berlalu pergi,
Ku pujuk hati yang disakiti,
Ikhlaskan apa yang telah terjadi.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2011

Ahad, 29 Julai 2012

PUISI: CINTA KU SEIRING QALAMULLAH.

Ku curahkan segala impian,
pasti masih diawang-awangan,
lena terpancar warna kehidupan,
terteralah kedaifan satu tujuan.

Tatkala hati ini merintih pasrah,
ku cuba setia tiada berpaling arah,
berpegang janji bersama titisan darah,
cinta ku seiring qalamullah.

Tersenyumlah wahai kekasih ku,
senyuman mu  kekuatan bagi ku,
biar badai hadir berliku-liku,
harapan ku pada mu tetap satu.

Tiada seindah  langit dan bumi,
seindah cinta kita bila bersemi,
ku hulurkan tangan bersama menikmati,
anugerah cinta yang diberi.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
Hak cipta terpelihara 2012-7-29 / 3.07 pm


Sabtu, 28 Julai 2012

PUISI: FAHAMILAH AKU DISEBALIK RINDU.

Redupnya mentari dikala senja menghampiri,
ku sandarkan untuk insan yang mengerti.
ku temukan  bila terbenamnya mentari,
andainya esok mentari bersinar kembali.

lembaran ini tersimpan penuh bermakna,
ku ukirkan nama mu dihujung pena,
seindah kilauan bintang diangkasa,
menghiasi malam seribu doa.

Ku titip sang bayu memanggil nama mu,
bisikkan indah bersyair-syair merdu,
lenanya tidur mu dibuai mimpi syadu,
 fahamilah aku disebalik rindu.

Ingin ku bawa mu bersama harapan,
kebahagia mu disegenap kehidupan,
tiadanya ku rela diri mu hanyut kesepian.
izinkan ku pimpin diri mu menuju keberkatan.

ffazreensandajagat.blogspot com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012=7-28 / 6.03 PM



Jumaat, 27 Julai 2012

PUISI: SENYUMAN MU PENUH KEIKHLASAN.

Cinta teragung tiada kelihatan
terlindung disebalik kesakitan
hilang dalam nikmat pelukan,
tersembunyi disetiap pandangan.

Tiada terputus tali pegangan,
dihujani cacian segala kehinaan,
biar derita dialam kehidupan,
senyuman mu penuh keikhlasan.

Keabdian mu penuh ketakwaan,
kau tinggalkan nama segala kepalsuan,
rahsia insan seiring perjalanan,
mata terpejam penyuluh keimanan.

Setiap penghayatan tiada batasan,
cahaya rembulan menyuluh kedasar lautan,
tiada tercapai oleh akal kemanusiaan,
ikatan keyakinan segala penentuan.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012-7-28 /5.17 AM


PUISI: ADAM DAN HAWA.

Waa adam waa hawa,
Terpisah kerana syaitan durjana,
Dua jasad satu jiwa,
Akhirnya terpisah jua.

Kehilangan hawa tampa disedari,
Setiap penjuru dunia ia mencari,
Berkat doa keyakinan diri,
Semoga perjalanannya diberkati.

Adam bersujud berserah diri,
Menyesali apa yang terjadi,
Mengharap hawa akan kembali,
Menemaninya didunia sentiasa disisi.

Doa adam tampa henti,
Memohon hidayah dari dzat yang dikasihi,
Moga hawa dapat di jumpai,
Demi kehidupan suami isteri.

Adam dapat petunjuk dari nur ilahi,
Carilah hawa seteguh hati,
Berbekalkan iman sentiasa diuji,
Sebelum nyawa dan nafas terhenti.

Pertemuan adam dan hawa sungguh bermakna,
Maka bermulalah kehidupan manusia,
Mengingatkan kita satu rahsia,
Yang tak akan terungkap dengan kata-kata.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2011

Khamis, 26 Julai 2012

PUISI: TERNYATA INDAH DISEBALIK KERINDUAN.

Hembusan dingin selembut sang bayu,
mengiringi ombak yang menderu,
menyapa pasir pantai  nan kelabu,
terusik hati ku menjadi kelu.

Setiap pandangan hati tertawan,
setiap kejadian tersimpan kenikmatan,
engkau ciptakan rahsia  keabdian,
ternyata indah disebalik kerinduan.

Ku tempuh titian segala rintangan.
ku capai tirai kasih dalam keasikkan,
biar hina didunia aku merelakan,
kemulian terlindung disebalik kecintaan.

Termampu ku genggam tiada ku lepaskan,
disebalik tirai kasih rahsia kesucian,
tiada terpandang diiringi ketakwaan,
syariat terlaksana perjalanan seorang insan.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012-7-27 / 11.00 AM