Rabu, 19 September 2012

PUISI: AKU TERLENA DIDALAM NAFAS MU

Indahnya bila dapat bersama,
mengikat tali janji setia,
bersama kita bermadu asmara
seindah cahaya dialam semesta,

Terukir senyuman yang menawan,
lirikan mata penuh perhatian,
bersaksi alam penuh kecintaan,
sinar mata lambang kejujuran.

Selembut bayu tutur kata mu,
setiap bisikan seakan merayu,
aku terlena didalam nafas mu,
kejujuran mu tersanjung diri ku.

Tataplah diri ku semahu mu,
bersama berdoa semoga bersatu,
ikatan cinta seribu rindu,
kasih  ku hanya pada mu.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012-9-19/ 4.42 PM


Isnin, 17 September 2012

PUISI: TITISAN AIRMATA LENA BERSAMA

Milik siapakah hati ini.
dikala sunyi meratap sepi.
milik siapakah cinta ini,
terasa bahagia ingin dimiliki.

Tidur ku tiada terlena,
mimpi indah tiada menyapa,
bertemankan malam penuh hiba,
kehangatan terasa berair mata.

Hanya doa segala rahsia,
temukan aku belahan jiwa,
walau dimana ia berada,
satu hati satunya cinta.

Ku cuba  memejamkan mata,
seiring nafas selembut sutera,
semoga terlena mimpi menyapa,
titisan airmata lena bersama.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012-9-18/ 2.24 AM


PUISI: NUR KASIH

Nur kasih,
Cahaya mu menerangi hidup ku,
Cahaya mu mengajar aku erti rindu,
Cahaya mu menjadi ilham ku,
Tampa cahaya mu siapalah aku.

Nur kasih,
Derita mu menyentuh qalbu,
Tanggisan mu menyusuk jiwa ku,
Kesedihan mu membuat aku terharu,
Bagaikan kau hadir didalam hidup ku.

Nur kasih,
Kau adalah impirasi ku,
Setiap gerak geri mu menjadi perhatian ku,
Walau pun jauh beribu batu,
Entahkah bila dapat bertemu.

Nur kasih,
Percayalah diri mu tidak keseorangan,
Sebahagian hidup mu ramai ingin berteman,
Menanggung derita yang tak tertahan,
Jangan biarkan hidup ini penuh penyesalan.

Nur kasih,
Cukuplah sampai disini,
Semoga kita bertemu lagi,
Dialam maya penuh misteri,
Ku mohon keampunan menyusun sepuluh jari.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2011-6-4/ 5.20 PM



Ahad, 16 September 2012

PUISI: BISIKAN BAYU TAMPA BERITA.

Tatkala hati masih terluka,
bahasa indah berbunga-bunga,
membelai rasa jiwa kecewa,
membendung resah bergelora.

Hiasan senyuman berpura-pura,
wajah tenang tiada tersangka,
batin menjerit tiada suara,
lesu mati tiada bardaya.

Tika malam berkunjung menjelma,
perasaan ini terlalu terbawa  hiba,
mencari jawapan hilang dimana,
bisikan bayu tampa berita.

Lara ini semakin menikam,
hirisan luka semakin mendalam,
tanggisan mendayu menyentuh alam,
semoga alam sampaikan salam.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012-9-16/ 10.54 PM


PUISI:SEMOGA MAYAPADA TENANG SEMULA

Ku suarakan azan ditengah jagat raya,
bulan mentari bersatu  memancar cahaya,
ku suarakan azan ditengah samudera,
airnya tenang kaki disentuh makhluk bernyawa.,

Semoga mayapada tenang semula,
tiada berlaku bencana meragut nyawa,
semoga mayapada tiada sengketa,
tanggisan airmata tanda duka,

Tenanglah seluruh  mayapada walau seketika,
kemurkaan mu teguran  sang pencipta,
manusia  melupakan  kedamaian dialam semesta,
tingkah laku manusia punca mayapada bergelora.

Hanya doa dan tingkah laku dijaga sesama,
tutur kata menenangkan seluruh makhluk bernyawa,
membenam nafsu tiada terjadi angkara murka,
hidup damai sesama makhluk dimayapada.

ffazreensabdajagat.blogspot.com
HAK CIPTA TERPELIHARA 2012-9-16, 5.39PM